Suka bau badan Raul
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
FOTO AZHAR MOGO
BERCERAI dengan Anang tidak ada setitik air mata yang gugur. Tetapi putus cinta dua bulan dengan Raul, aku menangis kesedihan. Kalian boleh fikirkan bagaimana aku terlalu mencintainya.”
Ayat-ayat cinta ini saja sudah cukup menunjukkan kasmaran di hati sang diva kepada lelaki bernama Raul Lemos yang kini sedang menakluki dirinya.
Tidak cukup dengan itu, Krisdayanti dengan jujur mendedahkan betapa ketika ini dia terlalu menyintai hartawan asal Timor Leste itu tanpa peduli apa sekalipun yang dicerca orang.
Malah, kalau sekali pun menikah dengan Raul karier seninya akan punah ranah, dia sudah bersedia mendepani realiti itu.
“Kalian tanya kenapa aku menyintai Raul? Pertamanya, dia tidak merokok, justeru bau badannya amat menyenangkan aku. Bau badannya memberikan aku semangat yang luar biasa damai.
“Selain itu, bahu Raul juga menjadi tempat untuk aku sandarkan tangisan. Di situlah tempat untuk aku lepaskan segala lelah, kecewa dan emosi diri,” katanya.
Bukan setakat itu sahaja, apa yang lebih penting, Raul adalah ruang untuk dirinya menebus segala kegagalan masa lalu.
“Maknanya segala kegagalan masa lalu aku, ada pada Raul untuk ditebus semula. Aku cukup yakin dengan cintanya hingga setiap kali di sampingnya, aku merasakan akulah wanita paling bertuah, paling beruntung dan justeru aku tidak mahu terlalu lama menanti untuk menjadi isterinya yang sah.”
Kami bertemu buat sekian kalinya pada 22 Ogos 2010, tarikh dia sepatutnya menyambut ulang tahun ke-14 dengan Anang Hermasyah.
Tetapi, lelaki berkulit putih bertubuh sedikit kecil itu sudah lama hilang dari kamar hatinya dan ulang tahun ke-14 tanpa sebarang kenangan.
Hari ini, sang diva sedang berbahagia dengan masa depan, menghitung hari untuk bersama lelaki baru yang bakal memenuhi segala kegagalan masa lalunya.
Dilihat sedari fizikal, Raul barangkali tidak sekacak Anang, dengan tubuh yang lebih besar, berbibir tebal dan pandangan yang agak ‘kasar’.
Tetapi diukur sedari dalaman, Raul adalah lelaki yang penuh dengan kelembutan.
Melihat dengan mata sendiri bagaimana dia menggambarkan cinta ‘Raulnya’ itu, saya percaya bukan material jadi ukuran. Justeru KD sendiri punya jutaan aset yang digapai hasil sukses sebagai penyanyi nombor satu Indonesia.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil kalau melabelkan KD sebagai materialistik hanya kerana mencintai hartawan muda itu.
“Apa pun yang dicerca orang, aku sudah cukup bersedia secara fizikal dan mental untuk kembali menjadi ibu rumah tangga. Dengan Raul, hatiku sedang sangat berbahagia,” demikian ungkapnya dalam senyuman paling jujur pada awal pertemuan kami.
Hampir lapan jam menjadi tetamu di banglo mewahnya di Jalan Dwijaya, Radio Dalam, Jakarta Selatan, tanpa sebarang rahsia KD sudah kelihatan sepenuh hati nekad dengan memilih Raul untuk menjadi lelaki mendampingi masa depannya.
Bernikah awal 2011
Selain nekad untuk menikah lagi, KD juga memberitahu dia dan Raul sudah memilih tarikh pernikahan.
Membiarkan waktu yang sesuai untuk memberitahu tarikh sebenar, KD memberi bayangan bahawa awal tahun 2011 bakal disambut dengan gelaran sebagai isteri buat kali kedua.
Majlis dijangka pada Februari itu akan berlangsung di dua negara, Indonesia dan Timor Leste dengan tema pesta berkonsep antarabangsa yang gilang-gemilang.
“Sekarang juga, aku sudah diajar Raul bagaimana untuk menjadi pendamping bagi seorang lelaki yang disayangi oleh negaranya.
“Sebagai seorang pengusaha negarawan, aku diajar untuk lebih memahami etika-etika penampilan supaya tidak memalukan diri sendiri. Misalnya, jalan harus lurus ke depan, tata tertib perlu dijaga rapi kalau muncul di khalayak.
“Setiap kali menemaninya, aku harus duduk di samping Raul, bukan di depannya. Ini kerana dia tidak mahu ada perempuan lain di sampingnya, hanya aku. Dan ternyata, senang sekali menjadi ‘Nyonya Dili,” katanya lagi dalam ketawa kecil.
Berbicara lanjut tentang majlis berkenaan, KD memberitahu Raul sudah membayangkan untuk menganjurkan pesta besar-besaran mengikut adat Dili, Indonesia dan Portugal.
Janji Raul, sekalipun ia pesta besar, ia sama sekali tidak akan memenatkan KD dan ia akan memenuhi segala impian wanita itu yang belum terlaksana sebelum ini.
“Raul punya cita-cita untuk membuat pesta pernikahan yang istimewa buat aku. Sebagai orang muda yang punya masa depan yang baik di negaranya, Raul sangat rapat dengan negarawan.
“Jadi, majlis besar itu sudah pasti akan diadakan di Dili, sebagai meraikan pernikahan kami nanti,” katanya yang sudah pun dihadiahkan sebuah banglo mewah di Jakarta sebagai kediaman untuk didiami selepas bergelar ‘Nyonya Lemos’.
Mengakui bahawa ia sudah tidak sabar untuk melalui detik bergelar isteri semula bagi membina keluarga baru, bagaimanapun dia perlu bersabar kerana segalanya hanya akan berlangsung sebaik saja masalah Raul bersama bekas isterinya, selesai.
“Mereka itu memang sudah bercerai, tetapi ada beberapa hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kami akan menikah sebaik sahaja masalah Raul dan bekas isterinya selesai.
"Aku hanya mengharapkan yang baik-baik saja untuk impian kami. Walaupun sudah punya tarikh, tidak boleh dikongsikan dengan umum dahulu kerana ada perkara yang belum selesai,” katanya sambil memberitahu bahawa segala masalah Raul dan bekas isteri, Silvalay Noor Athalia (Atha) dijangka selesai dalam tempoh 90 hari lagi.
Anang hanya masa lalu
Kejujuran ini perlu saya catatkan di sini. Ketika hadir ke banglo dua tingkat siap berkolam renang itu, membaca pelbagai cerita ‘kurang muluk’ tentang perangainya (termasuklah mencium Raul dalam sidang akhbar), saya sebenarnya hadir bertemu KD dengan skeptikal bahawa dia adalah antagonis dalam kisah rumah tangganya dengan Anang sehingga bercerai berai.
Pun, sebagai orang media, saya tidak boleh emosional dan perlu berlaku adil untuk KD juga.
Peluang bertemu dengannya secara eksklusif menjadi medium untuk saya mencungkil isi hati KD sedalam-dalamnya.
Lalu tanpa was-was saya tanya sebab sebenar dia memilih meninggalkan Anang, lelaki yang sudah menikahi dirinya hampir 13 tahun, lelaki yang ‘menghantar’ dia ke mercu sukses sebagai seorang diva, yang menghadiahi dua zuriat.
Kata KD, selain sudah tidak berjodoh untuk hidup ke usia tua, dia nekad mencari bahagia dengan caranya sendiri.
“Aku selalu menganggap hidup ini penuh dengan teka-teki. Kehidupan juga satu pendakian. Laluannya berbeza-beza. Ada duri, onak yang terjal.
“Ramai yang tidak tahu rumah tanggaku dengan Anang sudah bermasalah semenjak lima tahun lalu. Aku diamkan saja, bersabar, berusaha berbaik-baik. Aku mahu mencari peluang-peluang baru untuk membina semula rumah tangga kami, tetapi sampai akhirnya aku sudah tidak punya kekuatan lagi.
“Aku hilang semangat untuk mempertahankanya kerana perasaan cinta antara kami sudah hilang. Yang ada hanya rasa hormatku buat dia. Lalu, kenapa aku perlu terus menyakitkan hati sendiri? Kenapa apa perlu terus menanti dalam kesakitan? Aku diberi hidayah Allah, untuk mengakhirinya dengan baik, setelah mengerjakan umrah di tanah suci.
“Nah, Raul bukan penyebab kegagalan aku dan Anang. Dia hadir pada ketika aku sedang sakit kerana kehancuran.
“Aku benar-benar mahu mencari kehidupan baru, mencari bahagia yang baru dengan Raul dan Insya Allah segalanya akan terlaksana kerana selama ini pun tidak pernah ada doa aku yang Allah tidak tunaikan.
Kali ini juga, aku yakin Allah akan perkenankan doaku untuk hidup bersama Raul,” katanya.
Mengusik dengan pertanyaan, tidakkah dia berhasrat untuk berbicara dengan Anang, sementelah 13 tahun lalu mereka tidak pernah ketinggalan meraikan detik 22 Ogos, KD tidak bungkam lalu menyambung “Untuk apa diingat lagi? Aku mahu membuang semua kenangan itu. Sekarang aku hanya perlu mengingati tanggal baru saja nanti,” katanya.
Anang hanyalah cerita masa lalu dan seboleh mungkin dia mahu menguburkan semua kenangan bersama lelaki itu sebelum memberi hati kepada lelaki lain.
Apa yang ada dan perlu dipertahankan ialah kenangan dengan anak-anak yang kini berada dalam jagaan Anang.
Sudah setahun tidak diberi peluang untuk tidur bermalam bersama Aurell dan Azrell, KD merasakan hak sebagai ibu dinafikan sama sekali.
“Aku hanya perlu merelakan ini terjadi kerana aku tidak mahu lagi bergaduh dengan Anang. Kalau anak-anak itu, aku percaya sampai saatnya mereka akan datang juga kepadaku. Meskipun jarang sekali datang peluang untuk bertemu, aku yakin dalam hati mereka tetap ada aku,” katanya.
Bagi KD, kalau sekalipun selama-lamanya masyarakat menganggap Anang lebih baik dan dia sebagai wanita yang jahat kerana memilih untuk bercerai pada tahun lalu, dia tidak pernah kisah.
“Hidup ini tidak boleh terlalu pesimis. Kalau gara-gara perceraian dengan Anang membuatkan karier aku hancur lebur, aku juga sudah pasrah. Aku menerimanya bukan sebagai hukuman kerana Allah sangat baik terhadap aku. Aku menerimanya dengan sudut paling positif, barangkali ini adalah tempoh yang diberi Allah untuk aku lebih banyakkan rehat.
“Raul juga selalu mengingatkan aku supaya tidak lagi terlalu mengejar wang, mengejar kerja. Tugas mencari wang itu tanggungjawab dia.
“Lalu, kalau selamanya pun aku akan dianggap sebagai wanita yang ‘jahat’ wanita yang ‘curang’ aku tak perlu marah kerana ini adalah harga yang aku bayar untuk menggapai satu bahagia,” ujarnya lagi.
Dengan mata yang berkaca-kaca lewat jam terakhir pertemuan kami, KD sempat menyampaikan kata “Apa sekali pun yang sudah aku lalui, aku percaya badai pasti berlalu. Masa depan untuk aku, cinta yang sejati untuk aku akan datang.”
Isnin, 21 Mac 2011
siti nurhaliza & sh aini - foto azhar mogo
SELEPAS 6 TAHUN DIDAKWA TAK BERBAIK ... DATUK SHARIFAH AINI & DATUK SITI PULIH SILATURRAHIM
Pertemuan dua penyanyi tersohor tanahair, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza di suite mewah, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 18 Ogos lalu, mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanahair. Semua maklum, kedua-dua mereka penah menjadi bualan hangat pada tahun 2004, apabila didakwa tidak sehaluan lagi, gara-gara satu kes e-mel layang. Kes e-mel ini sampai dibawa ke mahkamah. Bagaimanapun, kemudian digugurkan.
Datuk Sharifah Aini mendakwa ada pihak dengan sengaja mahu memburuk-burukkan beliau dengan mengaitkan dirinya dalam e-mel mengaibkan nama Siti Nurhaliza. Beliau mendakwa, usaha pihak berkenaan untuk melaga-lagakan dirinya dengan Siti Nurhaliza dan dalam masa yang sama mahu menjatuhkan nama baiknya. Sejak peristiwa itu, kedua-dua penyanyi ini tidak lagi dilihat menjayakan satu persembahan pentas atau kelihatan dalam satu majlis. Jauh sekali bergambar berdua-duaan, seperti yang anda tatap ini. Di kalangan peminat-peminat, ramai percaya kedua-duanya tidak lagi punya hubungan silaturrahim yang baik.
Bagaimanapun, Ogos lalu, Huzz berjaya mendapat lampu hijau daripada kedua-duanya untuk bergambar sama khas untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Hasrat mahu menemukan Datuk Sharifah Aini dengan Siti kerana sebelum ini, pada tahun-tahun sebelum ini, walaupun kedua-dua mereka disangka tidak baik, tetapi semasa Huzz ke rumah Sharifah Aini, koleksi CD (album) Siti masih setia ada didalam rak album artis pouplar dalam dan luar negara yang menjadi pilihannya. Tak hanya itu, andai majalah-majalah URTV sebelum ini yang ada memuatkan cerita Siti, diberikan kepadanya, beliau tidak memberi reaksi membenci. Bahkan, beliau mengikuti perkembangan penyanyi itu dengan hati terbuka. Jadi dapat dilihat, Sharifah Aini tidak punya dendam atau marah terhadap Siti Nurhaliza.
Pada April lalu, selesai satu wawancara yang Huzz lakukan di rumahnya, Sharifah Aini ada bertanya khabar tentang Siti. Bahkan, kemudian mengatakan, dia mendoakan penyanyi itu akan mendapat cahayamata comel. Lalu malam itu, dengan berani Huzz bertanya, adakah beliau sudi, kalau URTV mengajaknya bergambar sama dengan Datuk Siti Nurhaliza, sempena Aidilfitri. Dengan nada gembira, katanya, "Kak Aini tak ada masalah. Kalau Siti kelapangan, Kak Aini sedia. Sampaikan salam Kak Aini kepada dia." Bahkan beliau berkata, "Kalau Huzz mahu mengaturkan teruskanlah, Kak Aini bersedia."
Malam itu, Huzz segera menghubungi Datuk Khalid suami Datuk Siti dan ketika berbual dengan Siti, Huzz menyampaikan salam Sharifah Aini dan memberitahu hajat di hati. Siti tanpa terkejut atau marah dengan cadangan itu, mengatakan, dia tidak ada masalah. Cerita doa Sharifah Aini terhadap Siti ada saya muatkan dalam URTV keluaran sebelum ini (edisi 1-15 Jun). Datuk Sharifah Aini gembira kerana saya menyampaikan hajat murninya. Bagaimanapun, Huzz perlu menunggu masa untuk mengambil gambar mereka, lantaran kedua-duanya sibuk. Siti sepanjang ketika April dan Mei sibuk mempromosikan Simply Siti manakala Sharifah Aini pula dengan projek konsert amalnya. Bagaiamanapun, berita baik Huzz terima sekembalinya Siti bersama-sama suaminya dari Mekah, sebelum Ramadan lalu. Apabila Rozie, pegawai Siti Nurhaliza Production memberitahu Huzz, Siti bersedia bergambar dengan Sharifah Aini, ia satu berita yang cukup menggembirakan.
Huzz, Siti ada beritahu hasrat Huzz. Dia bersetuju untuk bergambar sama dengan Datuk Sharifah Aini. Minta tolong carikan tempat dan tarikh ya! Nak beritahu juga, pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian, juga mahu buat fotografi pada hari sama URTV merakamkan gambar-gambar ini," kata Rozie. Bila Sharifah Aini dihubungi, memaklumkan hal ini, dia juga kedengaran gembira. Bagaimanapun, katanya, tarikh sesuai untuk fotografi ini ialah pada 18 Ogos. Ini kerana beliau ada urusan mahu ke Singapura. Kepada kedua-dua bintang ini, Huzz berpesan, jangan lupa, baju-baju eksklusif untuk dipakai sebagai penghias kulit depan URTV. Memikirkan URTV edisi khas Aidilfitri sebelum ini, sudah sedia untuk dicetak pada hari kami mahu ke lokasi, Huzz mengambil keputusan untuk memuatkan gambar-gambar mereka di keluaran ini. Apatah lagi, kita masih bercerita soal Aidilfitri pada edisi ini.
Pada tarikh 18 Ogos itu, Huzz mengajak sama, Pengarang Mangga.online, Rosli Manah (sebumbung dengan URTV di bawah penerbitan Utusan Karya Sdn Bhd). Tujuannya agar beliau juga dapat merakamkan sama detik sejarah ini. Sharifah Aini pula meminta Saharuddin Mustapha dari Utusan Malaysia, mendapatkan suite di Hotel Royal Chulan apabila difahamkan akhbar utama negara, Utusan Malaysia akan hadir merkamkan detik pertemuannya dengan Siti.
Pada 18 Ogos itu. URTV mendapat laluan awal, merakamkan gambar-gambar kedua permata seni tanahair ini. Sharifah Aini sampai jam 11.00 pagi, ditemani pembantu, jurusolek dan pendandan rambut. Huzz bersama-sama, Penolong Pengarang URTV, Norzeha Kasbi dan Rosli Manah, serta jurugambar Azhar Mogo dan Asrekhuzairy, tak sabar nak merakamkan detik-detik bersejarah pertemuan dua insan ini. Fotografi yang sepatutnya bermula tengahari itu, diganjakkan sedikit waktunya, kerana Siti belum selesai dari kelas mengaji.
Siti yang kemudiannya, hadir ditemani Rozie, jurusolek Nurul Shukor dan pereka fesyen Rizman Ruzaini kelihatan ceria memakai baju berwarna ungu. Difahamkan, baju itu hadiah suami (dibeli di London), sempena ulangtahun perkahwinan ke empat mereka. Siti memberitahu Huzz, dia mahu bertemu Sharifah Aini yang sedang bersolek, sebelum dia menukar baju untuk fotografi. Itulah detik paling bersejarah, setelah enam tahun tidak berjumpa, akhirnya, kedua-duanya memulihkan ikatan silaturrahim dengan berpelukan dan bersalaman. Wajah kedua-duanya nampak ikhlas dan mesra.
"Kami pernah terserempak di majlis-majlis sebelum ini tapi tak pernah berpeluang bertemu dekat apalagi bergambar macam hari ini," kata Sharifah Aini. Ketika fotografi URTV dilakukan, Siti ada bertanyakan khabar tentang Aliff, Sharifah Aini memberitahu buah hatinya itu, ada di KL, balik bercuti. Rakan-rakan wartawan dan jurugambar yang hadir, kemudiannya, tak mahu ketinggalan merakamkan kenangan bersama-sama kedua-dua mereka

Jangan pandang serong: Siti & Kak Pah
August 24th, 2010
Apabila membaca berita pertemuan semula Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza dalam satu sesi fotografi khas yang diatur sekumpulan media semalam, pasti ramai yang lega dan senyum. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Apatah lagi tiada kes membabitkan sesiapa dalam isu yang membawa kepada masalah krisis hubungan yang terjadi sejak tahun 2004. Ia timbul apabila satu e-mel yang dikatakan mengandungi kenyataan memfitnah Siti tersebar. Siti dan Sharifah Aini turun naik mahkamah beberapa bulan. Namun tiada siapa yang didapati bersalah di penghujungnya.
TIADA DENDAM DI HATI.
“Ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila melihat mereka akhirnya sedia bersemuka dan mesra semula. Apatah lagi kedua-dua bintang ini adalah dua bintang yang hebat,” kata Editor URTV, Huzz.
Huzz adalah wartawan pertama yang membuka mulut kepada kedua-dua mereka untuk dipertemukan. Apabila mendengar sendiri bagaimana Sharifah mengikuti perkembangan Siti, malah mendoakan agar Siti segera menimang anak, dia terus teringat untuk menggandingkan mereka dalam satu sesi fotografi.
Apabila Sharifah mengatakan dia tiada sebarang masalah untuk bertemu Siti lantaran tidak pernah menyimpan dendam, segera Huzz menghubungi talefon bimbit suami Siti, Datuk Khalid Mohd. Jiwa. Panggilan itu dibuat di hadapan Sharifah Aini. Tiada jawapan yang diberikan pada masa itru kerana Siti sudah membuat keputusan berehat seketika daripada aktiviti seni.
Akhirnya Huzz terima panggilan daripada pihak Siti yang memaklumkan kesediaannya untuk memenuhi permintaan. Sebenarnya pada masa yang sama ada juga permintaan daripada pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk menggandingkan mereka dalam sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri. Lalu satu tarikh dipilih memenuhi permintaan itu.
SALING BERTANYA KHABAR…
The Royale Suites, Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur menjadi saksi hari bersejarah itu. Terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awamnya, Rizal Johan Van Geyzel yang memberi kerjasama dengan hanya satu panggilan beberapa hari sebelum tarikh ditentukan.
“Sebenarnya sesi ini bukannya sesi berdamai atau apa sahaja tujuan. Ia hanyalah sesi fotografi biasa. Kami tak bergaduh, cuma kami ini ibarat menjadi mangsa keadaan. Akibat peristiwa lalu itu kami tidak bertegur sapa, walaupun dalam hati saya tidak pernah simpan dendam ataupun memusuhi Siti,” kata Sharifah Aini.
Siti juga sependapat dengan Sharifah kerana dia sudah lama melupakan perisriwa itu. Siti tidak pernah menuduh sesiapa selama ini sebaliknya hanya memenuhi kehendak pihak yang menyiasat kes penyebaran e-mel tersebut.
“Siti tak pernah berdendam dengan Kak Pah dan Siti dah lama lupakan kejadian yang berlaku, tapi nak buat macam mana, kami memang jarang berjumpa. Sebenarnya tahun lalu Siti ada berjumpa dengan Kak Pah dalam satu majlis. Kami bersalaman dan bertegur sapa, cuma tak sempat nak berborak panjang kerana menghadiri majlis orang. Pertemuan ini bukanlah pertemuan pertama,” kata Siti.
Jangan sensasikan pertemuan
Kedua-dua bintang tersohor itu meminta agar peminat dan sesiapa sahaja tidak menjadikan pertemuan mereka sebagai satu isu atau mengatakannya sebagai lakonan.
MASING-MASING GEMBIRA DENGAN PERTEMUAN SEMULA DUA DIVA INI.
“Kamu semua (media yang ada pada masa itu) pasti gembira dengan pertemuan ini kerana kamu bukanlah orang yang terbabit dalam apa yang berlaku sebelum ini. Tapi pihak yang melakukannya akan sakit hati melihat kami bertemu semula. Saya harap selepas ini tak akan ada lagi artis yang melalui apa yang kami lalui ini,” kata Sharifah Aini.
Siti juga berharap peminat tidak memandang serong dan membuat tanggapan yang bukan-bukan sebaliknya gembira dengan apa yang berlaku itu.
Sesi itu juga menyaksikan tumpahnya air mata dua diva itu kerana tidak dapat menahan sebak setelah melalui peristiwa yang mereka sendiri harap tidak berlaku kepada diri mereka. Namun benda sudah berlaku, terpaksalah melaluinya juga.
Sharifah Aini kelihatan bergelang air mata apabila Siti meletakkan kepala ke pahanya dalam satu posing yang diarahkan. Dalam mindanya datang bermacam persoalan pada masa itu.
SALING MENGUNDANG KE RUMAH.
“Saya tak dapat menahan sedih apabila melihat Siti melentukkan kepalanya ke paha saya. Saya nampak Siti macam seorang anak. Timbul rasa kasihan apabila dia terpaksa melalui semua ini dan dalam tempoh enam tahun ini kami tidak boleh bercakap kerana masalah yang berpunca daripada orang lain,” kata Sharifah Aini.
Kata-kata Sharifah itu membuatkan Siti juga sebak dan menahan air mata. Selepas sesi temu bual selesai, Siti tidak dapat menahan sebak dan melangkah ke arah suami yang hadir semasa sesi hampir selesai untuk menjemputnya pulang.
“Siti amat kagum dengan Kak Pah. Siti ini masih jauh kalau mahu dibandingkan dengan Kak Pah. Apa yang Siti lalui ini lebih dulu dilalui oleh Kak Pah. Arwah bapa Siti peminat besar Kak Pah dan apabilla terdengar lagu Kak Pah dimainkan di TV atau radio, dia sanggup berhenti berbual untuk mendengarnya,” dedah Siti.
Sharifah juga membuka rahsia yang dia memiliki kesemua album Siti dalam perpustakaan muzik di rumahnya kerana turut kagum dengan bakat yang Siti miliki.
Sebelum melangkah pulang, masing-masing saling menjemput ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri akan datang. Itulah detik yang mahu dilihat oleh peminat yang mengikuti perkembangan kedua-dua penyanyi bersuara lunak ini.
Media juga gembira
Huzz menyifatkan pertemuan mereka sebagai satu sejarah dan ibarat impian menjadi kenyataan.
“Sudah lama mahu membuka mulut untuk meminta sesi ini diaturkan, tapi takut permintaan kita akan menjadi isu sensitif. Tapi apabila nampak ada jalan positif, saya memberanikan diri membuka mulut.
BUKAN LAKONAN
“Saya kenal Sharifah Aini sudah lama dan mengikuti perkembangan Siti sejak awal kemunculannya, saya dapat agak, mereka sebenarnya tidak menyimpan dendam di antara satu sama lain. Saya meminta kebenaran suami Siti sebagai menghormatinya yang sudah bergelar isteri,” kata Huzz.
Nurul Hisham dari Berita Harian pula mengatakan pertemuan ini sangat bermakna kerana kedua-duanya terbuka hati semasa umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
“Sebelum ini kami pernah menjemput kedua-dua mereka menghadiri majlis yang kami anjurkan. Kerana bimbang ada yang sensitif atau tidak selesa, kita terpaksa memastikan mereka tidak bertembung. Memang kita mahukan mereka bersemuka, tapi kerana bimbang kemungkinan apa-apa yang sensitif, kami terpaksa mengaturkan agar tiada pertembungan.
“Dengan perkembangan hari ini (semalam) akan memudahkan sesiapa sahaja yang mahu mengundang mereka ke majlis yang sama,” kata Nurul.
Ketua Jurugambar Majalah Kumpulan Utusan, Azhar Mogo juga melihat pertemuan itu sebagai satu rahmat pada bulan Ramadan.
“Alhamdulillah kedua-dua mereka terbuka hati untuk bertemu semula pada bulan Ramadan. Itu tandanya sudah ada rahmat yang diperolehi,” kata Azhar yang menjadi jurugambar pertama merakam gambar Siti setelah bergelar artis rakaman.
Editor Hiburan Utusan Malaysia, Saharuddin Musthafa pula menyifatkan pertemuan yang turut disaksikannya itu sebagai satu detik paling indah dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan. Dia sangat seronok menjadi salah seorang wartawan yang menyaksikan pertemuan indah itu.
“Kes mereka berdua ialah kes yang jarang berlaku, dan pertemuan yang diaturkan oleh pihak media juga bukannya kejadian biasa. saya tak dapat menyembunyikan rasa seronok apabila mereka kembali bersua.
“Apatah lagi melibatkan dua nama yang paling besar dalam industri hiburan tanah air,” kata Saharuddin yang rapat dengan Siti dan Sharifah Aini.
Sumber: Manggaonline.com.my

siti nurhaliza- foto azhar mogo
Bagaimanakah hubungan Siti Nurhaliza sebagai bos dengan pekerjanya? lkuti temu bual wartawan NAJIBAH HASSAN bersama juru gambar AZHAR MOGO dan SHAHRIL AZMAN ZAIN menemu bual Rozie dan Siti di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur barubaru ini.
KOSMO!: Apakah perasaan Rozie menjadi pengurus kepada Siti Nurhaliza?
Sunday, 01 January 2006
SITI ‘BOS’ YANG TEGAS
SEGALA-GALANYA tentang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sudah ‘dilondehkan’ media. Baik perjalanan kerjayanya sebagai penghibur mahupun kisah peribadinya, media tidak pernah kehabisan cerita tentang Siti Nurhaliza Taruddin. Apa saja yang dikaitkan dengan gadis jelita yang bakal mencecah usia 27 tahun ini adalah cerita.
Kejayaannya menyanyi di Royal Albert Hall London, gosip cinta dengan seorang tokoh korporat dan kes fitnah e-mel bukan lagi rahsia.
Tetapi, bagaimanakah pula Siti daripada sudut pandangan pengurusnya, Rozie Abdul Razak, 31, yang cukup mengenalinya sejak di bangku sekolah ini?

Written by Kosmo

KOSMO!: Apakah perasaan Rozie menjadi pengurus kepada Siti Nurhaliza penyanyi No. 1 negara?
ROZIE: Perasaan itu sebenarnya lebih menjurus kepada tanggungjawab. Saya tidak melihat menguruskan Siti sebagai satu kerjaya yang glamor. Dan, saya juga berasa tidak harus dikenali hanya kerana menguruskan Siti Nurhaliza Taruddin. Sebaliknya, sebagai individu yang berdiri di belakang Siti, saya hanya ingin melihat Siti berjaya.
Boleh ceritakan siapakah Siti Nurhaliza pada kaca mata Rozie?
Saya sifatkan Siti sebagai seorang insan yang bertuah. Maksudnya, apa saja yang Siti lakukan, semuanya menjadi. Siti bertuah kerana bakat dan keterampilannya. Keterampilannya menyebabkan orang mudah jatuh hati kepadanya. Bukan saja masyarakat tempatan, malah orang luar juga. Itu yang mengejutkan.
Jadi apakah sebenarnya peranan Rozie sebagai seorang pengurus?
Walaupun saya seorang pengurus, tapi keputusan bukan di tangan saya. Saya hanya pelaksana saja. Jika ada sesuatu perkara yang Siti setuju, maka kita akan buat.
Tetapi, dalam membuat keputusan ini, ada juga perkara yang perlu membabitkan keputusan keluarga
Bagaimanakah Rozie tahu jika Siti tidak bersetuju mengenai sesuatu?
Dia akan senyap. Kedua, jangan paksa dia lakukan perkara yang Siti tidak suka dan tidak mahu lakukan. Misalnya, pada peringkat awal Siti mula melibatkan diri dalam bidang seni, Siti ada prinsip enggan bergambar dengan artis lelaki yang sengaja ingin digandingkan dengannya. Begitu juga dengan pakaian. Kalau kita yakinkan Siti dengan mengatakan pakaian tersebut cantik tetapi jika Siti tidak selesa, dengan baju tersebut, Siti tidak akan pakai. Siti akan perform dan muncul dengan baik kalau Siti selesa dengan apa yang ada pada dirinya. Itulah Siti Nurhaliza.
Apakah perbezaan Siti sebelum dan selepas jadi artis?
Paling ketara semasa di sekolah dia memang aktif dalam sukan dan kokurikulum, kebudayaan, sukan dan bermacam-macam. Siti seorang yang aktif, dia sukakan benda yang lasak. Kalau dia bersukan, dia memang agresif. Tetapi Siti ‘berubah’ dengan waktu apabila dia mula sertai bidang seni.
Siti sebenarnya seorang yang pemalu, tetapi perwatakannya semasa sekolah dan setelah bekerja agak berbeza. Tetapi, sesekali jika dia berpeluang bersukan seperti bermain bola jaring, Siti akan menjadi dirinya.
Bagaimanakah dengan kenakalan Siti?
Macam orang lain juga dengan abang nya berselisih pendapat itu biasa. Lihat saja kesan parut pada bawah matanya, itulah tanda kenakalan Siti.
Walaupun dia seorang yang pemalu, tetapi apabila dia mengenali seseorang dan rapat, Siti suka menyakat dengan menyorok dan kemudian menyergah orang. Sampai sekarang Siti buat, baik dengan jurusolek mahupun komposernya.
Selain daripada itu?
Siti seorang yang sensitif dan memendam. Kalau kita sudah biasa dengannya kita tahulah. Dia juga mudah simpati kepada orang lain. Rozie sudah faham. Ada perkara yang kita faham dan tidak perlu tanya.
Apakah yang masih kekal pada diri Siti walaupun setelah bergelar artis?
Siti tidak akan keluar rumah tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Ke mana pun Siti pergi dia rasa lebih selesa dan selamat, jika bersama ahli keluarganya. Siti merasa lebih dihormati jika didampingi oleh keluarga.
Perubahan paling besar setelah sedekad Siti bergelar artis?
Siti lebih bergaya, menjadi wanita yang boleh berfikir dan matang dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Siti masih perlu dibimbing. Siti masih memerlukan satu pasukan untuk terus melakar kejayaannya.
Kalau begitu sampai, bilakah Rozie akan menjadi Pengurus Siti?
Selepas pulang dari London, saya ada bertanya Siti, dari hati ke hati adakah Siti masih perlukan saya lagi untuk menguruskannya? Siti kata, dia masih perlukan saya. Jadi saya masih berada di sini.
Bagaimanakah dengan masa lapang Siti?
Masa lapangnya terhad, dalam sebulan hendak cari satu hari pun susah. Kadang-kadang hingga satu tahap, kalau ada hari rehat pun, kalau orang tahu kita tidak ada apa-apa aktiviti, mesti dimasukkan dalam jadual.
Sekurang-kurangnya separuh hari pun dia boleh rehat. Satu perkara yang Siti sering lakukan ialah melayari laman webnya, sitizone.com.
Kalau ada satu hari dia free, Siti akan beri masa untuk dirinya. Dia akan buat apa-apa yang dia suka seperti ke spa, facial, salon rambut atau apa saja.
Apakah perkara yang boleh membuatkan Siti marah?
Melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Siti bukan jenis yang bising-bising kalau dia marah, tetapi daripada riak wajahnya kita boleh tahu. Begitu juga kalau dia ada masalah, Siti akan cuba selesaikan sendiri. Cuma, kalau masalah berat Siti akan berbincang dengan keluarga.
Apakah yang apa menyebabkan Siti sedih atau terluka?
Setiap tahun akan ada saja benda yang akan dikaitkan dengan Siti tetapi kita sudah expect. Tunggu sajalah tahun ini, kita sudah menjangka akan ada ‘cerita-cerita’ tentang Siti didedahkan, cuma kita tidak tahu apa isunya.
Akan ada cerita-cerita kurang enak dikaitkan dengan Siti. Siti kecewa kerana benda-benda ini datang bertubi-tubi, itulah yang mengecewakan dan menyedihkan Siti.
Kalau timbul perkara seperti ini, dia akan cari Rozie. Siti akan minta pandangan Rozie cara terbaik ketika berdepan dengan media. Rozie akan beri tip dan motivasi kepada Siti kerana perkara-perkara seperti inilah yang akan mengganggu kerjayanya.
Bagaimanakah Siti ketika di rumah?
Sebagai orang biasa, Siti ringkas orangnya. Di rumah, dia pakai baju lusuh, jeans walaupun jeans yang sudah koyak dan berselipar. Siti jenis orang yang tidak kisah tentang makan. Makan apa saja yang ada di rumah, telur, ikan bilis, sardin, apa saja.
Kita tidak rasa dia seorang artis besar bila tengok keadaan hidupnya. Siti juga tidak perlu dilayan seperti seorang superstar atau diva.
Dia boleh rendahkan dirinya di mana-mana saja. Dia tahu asal usulnya. Malah, Siti tidak malu mengaku yang dia orang kampung. Dia juga seperti orang lain, buat kerja rumah. Dia hendak masak, dia akan masak.
Bagaimanakah Rozie membezakan di antara hubungan kekeluargaan dan sebagai pengurus?
Rozie perlu tahu pisahkan situasi ini. Tetapi, hubungan kerja lebih mudah kerana kita tahu siapa Siti Nurhaliza. Kita tahu bos kita macam mana. Kalau bukan soal kerja, Rozie tidak akan cakap. Rozie lebih kepada kerja dan Rozie tidak campur urusan peribadinya. Seperti orang lain, di luar waktu kerja, Siti juga inginkan privacy.
Siti sebenarnya seorang bos yang tegas. Kalau perkara-perkara yang Rozie buat tidak betul, Siti akan tegur. Kami boleh berbincang tentang sesuatu perkara.
Rozie tahu ramai yang menyangka apabila kami bekerja dengan Siti, segala keputusan kami yang buat, hakikatnya tidak. Kami tetap tunggu kata putus Siti.
Itulah yang orang tidak nampak, kerana orang melihat kami ada hubungan kekeluargaan. Walaupun dia lebih muda daripada Rozie, tetapi Rozie harus hormati Siti kerana dia adalah bos.

studio foto
Pasukan foto Kosmo! catat rekod tersendiri
PASUKAN foto Kosmo! mencatatkan rekod tersendiri pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang berakhir di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya kelmarin.
Pasukan petugas terdiri daripada sembilan jurufoto yang diketuai Azhar Mogo itu telah bertugas selama 60 jam tanpa henti bagi memenuhi kehendak 1,078 pasukan yang beraksi pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.
Mereka beroperasi sejak Jumaat lalu sehingga pukul 10 malam kelmarin.
Khidmat yang disediakan adalah merakam detik-detik menarik aksi kejohanan tersebut selain memenuhi permintaan semua pasukan yang mahu mengambil gambar kenangan di studio mini venue kejohanan.
Sekeping gambar bersaiz 8R dikenakan bayaran RM10 dan RM2 untuk saiz 4R.
Apa yang pasti, setiap pasukan puas dengan khidmat yang disediakan Unit Foto Kosmo! sepanjang kejohanan itu

Sabtu, 10 April 2010
Bukit Tinggi, Sumatera Barat
BUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT
4 HARI 3 MALAM
HANYA RM800 Termasuk tiket kapalterbang, transport, hotel
dan makan ( 3x pagi, 3x tghhari, 3x malam)
Travel agent menyedikan pakej yang sama dengan bayaran antara Rm950 hingga 990.
Anda boleh berjimat antara Rm150-190
Jam Gadang dan kereta kuda menanti anda
Jangan lepaskan peluang pengalaman menaiki kereta
kuda untuk ronda2 di bandar dengan kadar bayaran
sekitar rm12
Kota Bukittinggi adalah salah satu kota di Sumatera Barat, Indonesia. Kota ini memiliki luas wilayah 25,24 km dan berpenduduk kurang lebih 100.000 orang. Perjalanan dari kota Padang sejauh 90 km dan mengambil masa sekitar 2 jam. Bukittinggi dikelilingi tiga gunung berapi yaitu Gunung Singgalang, Gunung Marapi dan Gunung Sago.

Kota tempat kelahiran Proklamator RI - Bung Hatta ini, adalah sebuah kota budaya di Sumatera Barat dan terkenal dengan Jam Gadang, sebuah landmark berbentuk jam besar mirip Big Ben, yang merupakan simbol kota Bukittinggi.
Selain itu Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata berhawa sejuk, dan bandar kembar dengan Seremban, Negeri Sembilan
Bukittinggi merupakan salah satu daerah perdagangan di pulau Sumatera. Pusat perdagangan borong untuk barang-barang keluaran kota ini yang terletak di Pasar Aur Kuning. Sementara Pasar Ateh (atas), Pasar Bawah, dan Pasar Lereng, yang terletak berdekatan dengan Jam Gadang, lebih merupakan pasar wisata yang dekat dan terkenal dengan kultur Budaya Minangkabau yang terkenal dengan hasil kerjatangan yang bermutu tinggi seperti sulam.
Pemandangan Jam Gadanf dari Pasar Atas
Bukittinggi dikenali sebagai "kota wisata" (kota Pelancongan) kerana di sini terdapat banyak tempat pelancongan yang mesti dikunjung. Lembah Ngarai Sianok merupakan salah satu objek wisata utama. Taman Panorama yang terletak di dalam kota Bukittinggi memungkinkan pengunjung untuk melihat keindahan pemandangan Ngarai Sianok. Di dalam Taman Panorama juga terdapat gua bekas persembunyian tentara Jepun sewaktu Perang Dunia II yang disebut sebagai 'Lobang Jepang'.
Di Taman Bundo Kanduang terdapat replika Rumah Gadang yang berfungsi sebagai museum kebudayaan Minangkabau, kebun binatang dan benteng Fort de Kock yang dihubungkan oleh jembatan penyeberangan yang disebut Jembatan Limpapeh. Jembatan penyeberangan Limpapeh berada di atas Jalan A. Yani yang merupakan jalan utama di kota Bukittinggi
Pasar Atas berada berdekatan dengan Jam Gadang yang merupakan pusat keramaian kota. Di dalam Pasar Atas yang selalu ramai terdapat banyak penjual kerajinan bordir dan makanan kecil oleh-oleh khas Sumatera Barat seperti Karupuak Sanjai (keripik singkong ala daerah Sanjai di Bukittinggi) yang terbuat dari singkong, serta Karupuak Jangek (Kerupuk Kulit) yang terbuat dari kulit sapi atau kerbau dan Karak Kaliang, sejenis makanan kecil khas Bukittinggi yang berbentuk seperti angka 8.
Danau Maninjau terletak sekitar 36 km atau sekitar 45 menit perjalanan dengan mobil dari kota Bukittinggi.
Secara geografis, Bukittinggi, terdiri dari bukit-bukit. Oleh sebab itu jalannya mendaki dan menurun, berdasarkan bukit itulah kemudian, pemerintahan dibagi (sebelum Orde Baru memecahnya ke dalam Kelurahan), ke dalam 5 jorong yang disebut juga dengan Kurai Limo Jorong (Jorong Guguak Panjang, Jorong Mandiangin Koto Selayan, Jorong Bukit Apik Pintu Kabun, Jorong Aua Birugo, dan Jorong Tigo Baleh).
Dan pada saat ini juga telah dibangun pusat perbelanjaan modern di Bukittinggi.

Langgan:
Catatan (Atom)